Tentang Kami

Kenali visi, misi dan piagam pelanggan Kolej Komuniti Batu Pahat

Visi & Misi

VISI

"Menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul"

MISI

  • 01

    Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf

  • 02

    Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat

  • 03

    Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang

  • 04

    Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan

Piagam Pelanggan

KKBPJ beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, beretika, profesional, cekap dan mesra.

Jenis PerkhidmatanPiawai Kualiti Perkhidmatan
Perkhidmatan KaunterKami akan melayani anda dengan MESRA, AMANAH dan EFISIEN.
Maklumbalas PelangganMemastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklumbalas awal dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
Pengurusan Kewangan
  • Memastikan setiap bayaran bil utiliti diproses dalam masa TUJUH (7) hari bekerja;
  • Memastikan bayaran bagi setiap perkhidmatan atau bekalan diproses dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja atau setelah dokumen lengkap diterima; dan
  • Memastikan prestasi perbelanjaan mengurus tahunan KKBPJ sekurang-kurangnya 99%.
Pengurusan Pelajar
  • Memastikan proses pengambilan pelajar KKBPJ mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan keputusan kemasukan dalam tempoh DUA PULUH (20) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan;
  • Melaksanakan bayaran bantuan kewangan dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari bekerja selepas keputusan diumumkan kepada pelajar yang layak; dan
  • Memaklumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja selepas semester pengajian berakhir.
Pembelajaran Sepanjang HayatKami akan memastikan peserta kursus menerima sijil penyertaan kursus dalam tempoh SATU (1) minggu selepas kursus dijalankan.