Kursus
Kursus sepenuh masa dan kursus pendek yang ditawarkan di KKBPJ
Program Sijil
Sepenuh Masa
Kursus sepenuh masa di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Kursus Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Program kemahiran dalam bidang sistem penyejukan, penyamanan udara dan penyelenggaraan peralatan HVAC.
- Sijil Kemahiran diiktiraf
- Latihan praktikal di bengkel
- Peluang pekerjaan luas
Kursus Teknologi Elektrik
Program kemahiran dalam bidang pendawaian elektrik, pemasangan panel dan sistem elektrikal bangunan.
- Sijil Kemahiran diiktiraf
- Latihan praktikal di bengkel
- Peluang pekerjaan luas
Kursus Pendek
Terkini
Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV)
8:00 pagi - 5:00 petang | Makmal Teknologi Elektrik (MTE)
Kursus Pendek Focaccia Bread
8:00 pagi - 5:00 petang | Bengkel Masakan KKBPJ
Aplikasi Sains Dalam Ibadah: Penentuan Arah Kiblat
8:00 pagi - 1:00 tengah hari | Dewan Kuliah KKBPJ
Maklumat Kursus Pendek
Pendidikan Sepanjang Hayat
Sinopsis
Kolej Komuniti menawarkan kursus pendek bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Tujuan kursus adalah untuk meningkatkan taraf hidup, memberi galakan, menanam minat dan mendidik masyarakat mengenai Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Kumpulan Sasaran
Semua lapisan masyarakat termasuk peniaga, petani, bekerja sendiri, pesara, suri rumah, ibu tunggal, pelajar sekolah menengah, OKU, siswa IPTA/S, lepasan sekolah, graduan, kakitangan Jabatan Kerajaan dan lain-lain.
Sijil Penyertaan
Dianugerahkan kepada peserta yang berjaya menghadiri dan menamatkan kursus.
Tempat Kursus
Kursus dilaksanakan di KKBPJ atau lokasi/premis lain mengikut keperluan dan kesesuaian.
Tempoh Minimum
Selama LIMA (5) jam bergantung kepada kandungan/sukatan kursus. Dilaksanakan pada hari bekerja atau hujung minggu.
Syarat Penyertaan
Warganegara MALAYSIA berumur LIMA BELAS (15) tahun dan ke atas.
Yuran & Kos
Bayaran yuran minimum RM5. Kos tambahan untuk bahan mentah dicaj bergantung kepada jenis kursus.